• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Dikuasakan oleh Blogger.
facebook twitter instagram Email

PUTERA AMIROOL FAEZ

| Dreadfater | Law & Jurisprudence | Bitcoin |

Lama juga aku tidak kemas kini blog ini. Semuanya kerana tugasan waktu cuti yang agak membebankan. Tidak ada perkara yang luar biasa berlaku. Hanya aku ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR semalam.

Jika diimbas semula sejarah hari ini pada tahun lepas. Pada tarikh inilah, aku dan rakan-rakan yang lain mengambil keputusan PMR. Terasa macam baru lagi. Semuanya kerana TGB.

---------------------------------------------------------------------------------------------

It has been a long time I'm not updating this blog. All because of homeworks. There's not extraordinary things happen. Just, I would like to congratulate all the PMR Candidates who got flying colour in their results. Congratulations,.

Today in history? If today is last year, I will be taking the PMR result. I thought it just happened. All because of TGB.
Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara
Aku ke rumah Wak Timah kerana ada sedikit kenduri kesyukuran. Namun aku hanya duduk di dapur kerana berasa segan untuk duduk di ruang tamu.

Esok, Papa akan ke Kuala Lumpur. Nyai, Mama dan adik-adik pula akan ke kediaman Cik Mar di Seremban. Aku akan tinggal kerana pada hari Isnin ini, aku mahu ke kelas tambahan Cikgu Rohani terakhir bagi tahun ini. Terasa rugi jika tidak menghadirinya.

-------------------------------------------------

I went to my aunt's house because there was a thanksgiving feast. Many people there and make me feel shy. So, I just in the kitchen.

Tomorrow, Papa will be going to KL. Nyai, Mama and my siblings will be going to Cik Mar's in Seremban. I will just stay here because I want to attend a tuition on this Monday.
Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara
Aku banyak tidur pada hari ini. Astaghfirullahala'zim, mangapa aku buang masa? Kendatipun, selepas Asar aku manfaatkan dengan mengulangkaji subjek Matematik Tambahan bersama Saipul di rumahnya.

-------------------------------------------------------------------

I spent most of my time today for sleeping. What a waste. Though, after performing Asar prayer, I went to Saipul's house to make some revision and improvement in Additional Mathematic. It is commanded by Cikgu Rohani. After this, I will only have one class with her in this year and I hope I could attend on her next class.
Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara
Alhamdulillah, sempurna sudah puasa aku pada hari ini. Aku ke kelas tusiyen Add Math pagi tadi bersama 8 orang rakan yang lain. Tinggal satu sahaja lagi pertemuan dengan Cikgu Rohani selepas ini. Pelbagai perkara yang aku pelajari sepanjang memasuki kelas beliau cuti ini.

Selain belajar subjek Matematik Tambahan, Cikgu Rohani sering menyelitkan kisah-kisah, cerita teladan, tips-tips dan sebagainya bagi membakar semangat pelajar-pelajarnya. Aku melihat bahawa beliau sungguh berwawasan dan bermotivasi tinggi. Teknik yang digunakan dalam mengajar amat berkesan sehingga apa yang dipelajari meresap masuk ke dalam hati dan minda. Aku kagum dengan beliau.

Selepas kelas tersebut, aku bersama Arif meminta beliau untuk membantu menyelesaikan bebeapa kekeliruan dalam Matematik Tambahan. Setelah berpuas hati, kami semua balik ke rumah masing-masing. Selama aku berada di sini, Saipul lah yang menjadi kakiku untuk ke kelas tuisyen, lepak dan ke rumah rakan lain.

Pada petang tadi aku dan Saipul ke rumah Arif untuk bermuzakarah ilmu dalam subjek Biologi. Faizul turut berada di situ. Sambil belajar kami turut berbual bermacam-macam topik lain seperti sekolah, agama, kiamat dan sebagainya. Aku menunggu-nunggu dan kehairanan dengan Faizul. Lazimnya, dia akan menyentuh hal-hal siasah negara. Lebih-lebih lagi dengan konspirasi yang menggemparkan sekelian umat di Malaysia.


Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara
Assalamualaikum

Aku berasa bahawa diriku tidak adil. Pertama, kerana aku hanya mengemas kini blog satu lagi. Kedua, aku sudah meninggalkan blog ini hampir setahun. Jika blog ini sebuah rumah, sudah bersarang barangkali.

Sekarang aku tidak lagi bersekolah di SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman kerana aku melanjutkan pelajaran ke MRSM Tun Ghafar Baba(TGB). Pemergianku atas gerak hati sendiri. Jika diimbas kembali sejarah, aku beriya-iya tidak mahu ke mana-mana sekolah berasrama.Tak tahulah bagaimana tiba-tiba aku terdorong untuk ke sana. Semua telah ditakdirkan Allah dan aku yakin dan pasti, segala yang berlaku ada hikmahnya.

Kehidupan di TGB amat berbeza dengan sekolah harian amat berbeza dari segi budaya, persekitaran, semangat dan sebagainya. Berada dalam komuniti yang besar iaitu 450++ bagi pelajar tingkatan empat, pastinya bermacam ragam dan kelaku. Belajar di TGB amat menyeronokkan, pelbagai perkara yang telah aku pelajari. Namun satu yang menjadi beban kepada pelajar ialah kerja sekolah dan pengurusan masa.

Diam tak diam sudah setahun aku di TGB. Terasa seperti baru lagi aku mengambil keputusan PMR. Apa yang aku harapkan, aku dapat berubah di TGB dan melestarikan matlamat hidupku.

------------------------------------------------------------------------------
Share
Tweet
Pin
Share
No Bekas Tapak Kaki Pengembara
Newer Posts
Older Posts

PENULISAN BLOG INI

Segala penulisan dalam blog ini menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya menulis mengenai Perundangan Jurisprudens, Bahasa Melayu, Matawang Kripto Bitcoin, Bisnes Usahaniaga, Pandangan Isu Semasa dan Hari-Hari Kehidupan Yang Saya Jalani.

About me

About Me

PEGUAM PENULIS PENUNGGANG KUDA BITCOIN ENTHUSIAST

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • youtube

Halaman

  • @Zeaf_Isahus
  • Home
  • Kajian

Categories

Pengikut

recent posts

Sponsor

Blog Archive

  • Julai 2017 (1)
  • Mei 2017 (1)
  • Februari 2017 (2)
  • Januari 2017 (2)
  • Disember 2015 (2)
  • Julai 2015 (1)
  • Jun 2015 (1)
  • Mei 2015 (2)
  • Februari 2015 (1)
  • Disember 2014 (4)
  • Oktober 2014 (1)
  • September 2014 (2)
  • Ogos 2014 (2)
  • Jun 2014 (1)
  • Disember 2013 (2)
  • November 2013 (1)
  • September 2013 (1)
  • Mei 2013 (4)
  • April 2013 (7)
  • Mac 2013 (1)
  • Februari 2013 (1)
  • Januari 2013 (3)
  • Disember 2012 (4)
  • November 2012 (3)
  • Oktober 2012 (1)
  • September 2012 (3)
  • Ogos 2012 (1)
  • Jun 2012 (1)
  • Mei 2012 (4)
  • April 2012 (6)
  • Mac 2012 (5)
  • Januari 2012 (3)
  • Disember 2011 (3)
  • September 2011 (2)
  • Ogos 2011 (1)
  • Jun 2011 (4)
  • Disember 2010 (5)
  • Disember 2009 (1)
  • November 2009 (1)
  • Oktober 2009 (3)
  • Mac 2009 (3)
  • Februari 2009 (7)
  • Januari 2009 (10)
  • Disember 2008 (4)
  • November 2008 (4)
  • Oktober 2008 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates