10 Februari 2009

by - 4:35 PTG

Hari yang begitu ceria.Sinar kebahagiaan jelas tampak di depan mata.Hari ini juga merupakan hari Ujian Bulanan Februari 2009.Alhamdulillah aku dapat jawab dengan tenang walaupun pelajaran Bahasa Inggeris agak sukar bagiku.

Pagi-pagi lagi aku dah mencari seseorang yang sudah menjadi kewajipanku.Siapa lagi kalau bukan Gadis Lima Bintang.Alhamdulillah aku dapat melihat wajahnya walau dari jarak yang agak jauh dan dapat menebus rindu yang terpendam di hati.

Keajaiban Tuhan Yang Maha Berkuasa telah berlaku depan mataku hari ini.Subhanallah..,apabila aku melihat seorang cikgu dari tepi seakan-akan arwah.Tetapi apabila dia menoleh,ternyata bukan.Apa yang membuatkan aku melihat dia seakan-akan arwah ialah hidung dan bahunya.Yang membezakannya ialah warna kulitnya sahaja.

Semasa loceng berbunyi menandakan waktu rehat.Aku sibuk memegang Buku Teks Pendidikan Jasmani dengan hasrat membaca buku tersebut,malangnya aku hanya pegang tanpa menoleh sedikit pun ke arah buku itu.Dari tangga aku mencuri pandang wajah dia.Tak puas,itulah bisik hatiku.Hanif memanggilku,dia mahu memberikanku cenderamata yang dibawa dari Cameron Highland.Hadiah dari Cameron Highland itu sangat aku hargai dan aku menyatakan terima kasih dan syukur kerana walaupun kami tidak sekelas tetapi Hanif masih menganggap aku sebagai rakannya.Buktinya dia tidak lupa akan aku sewaktu berada di tanah tinggi mengikuti rombongan pelajar asrama tempoh hari.

Namun kata hatiku berkata,cenderamata itu bukan daripada Hanif malah dari seorang wanita.Aku membalas kata hatiku "Kata hati tidak boleh selalu dituruti,takut termakan diri".Aku hanya tidak mengendahkan segala kata hatiku dan fikirkan hanya yang positif.Apa yang penting keikhlasan persahabatan aku dan Hanif.

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara