6 Januari 2009

by - 4:18 PTG

Baru dua hari bersekolah,pemandu van yang mengambil dan menghantar aku pergi dan balik sekolah telah buat hal.

Ketika loceng sekolah berbunyi semua pelajar akan bergegas keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah.Aku juga turut sama bergegas seolah-olah seperti orang bodoh dan apabila keluar dari sekolah,van yang aku naiki itu masih belum sampai lagi.

Aku keluar dari sekolah pada pukul 1 tegahhari.

Terkilan...itulah yang dapat aku tanggapkan terhadap diriku selepas berpenat-penat berlari,akhirnya van tersebut datang setelah 1 jam 7 minit dari masa aku menunggu di tempat selalu dia mengambil aku pulang.

Hal ini telah menyebabkan,aku dan beberapa orang rakanku lewat pulang ke rumah.Aku tiba di rumah pada jam 1430 petang

Aku tidak nafikan sememangnya dia mempunyai banyak kerja tetapi janganlah buat kita sehingga tertunggu-tunggu bagai menunggu kucing bertanduk.

Sebenarnya,perkara ini sudah lama berlarutan dan aku sudah lama bersabar dengan sikap dia.Tetapi aku tidak menyalahkan dia seratus peratus kerana pada perancangan awal,aku ingin menaiki basikal ke sekolah.Namun perkara ini tidak dipersetujui oleh bapaku kerana aku hanya berseorangan menaiki basikal.

"Kalau Ahmad atau Ipul naik basikal,baru boleh naik basikal"kata bapaku.

Itulah kata putus dari bapaku yang sememangnya mengambil berat atas keselamatanku.

Masalahnya di sini,ibubapa Ipul dan Ahmad tidak mengizinkan mereka naik basikal ke sekolah.

Memanglah kita tahu kemungkinan bahaya menanti tetapi bukankah kita boleh berhati-hati?

Jika aku tanya kepada kedua ibubapa Ipul dan Ahmad,aku merasakan mereka tetap tidak mengizinkan anak mereka menaiki basikal

Mereka lebih suka membiarkan anak mereka menhidap sakit kepala akibat cuaca panas,menunggu selama 1 jam sehari,membiarkan anak-anak mereka berlapar,dan lain-lain.

Satu pemikiran yang tidak *******.


Perhatian: INI HANYA LUAHAN HATI DAN PERASAAN SAHAJA...BUKAN UNTUK MEMPERBURUKKAN ATAU MENGAIBKAN SESEORANG...HARAP CERITA INI DAPAT DIJADIKAN IKTIBAR KEPADA MANA-MANA IBU BAPA ATAU PENJAGA LAIN...

You May Also Like

2 Bekas Tapak Kaki Pengembara