Diam tak diam bulan pertama dalam tahun ini ingin meninggalkan kita semua.Kita sepatutnya sudah meninggalkan segala sifat buruk dalam diri kita.Walaupun sebulan telah pergi meninggalkan aku namun aku masih belum membuat apa-apa perubahan dalam diriku.Aku masih berdegil malas belajar.Sedangkan aku nak ambil PMR pada tahun ini.
Sudah lama rasanya aku tidak menulis BLoG.Barangkali aku kesempitan waktu untuk BLoG,maklumlah sebagai seorang calon PMR,aku perlu mengurangkan waktu untuk bermain.
Hari Jumaat...Solat Jumaat akan menjadi satu keutamaan bagi kaum Adam beragama Islam untuk menunaikannya.Namun pada Jumaat hari ini aku tidak tumpang kereta Ahmad.Aku ke masjid dengan menumpang kereta Ipul.Setelah sampai ke masjid aku ke dalam masjid dan duduk diam.Aku melihat orang ramai begitu sesak memasuki kawasan masjid.Mengapa pada hari ini begitu sesak?Adakah umat manusia hari ini sudah bertaubat?Kemungkinan besar hal ini aibat daripada populasi manusia di bumi semakin bertambah.

Pada hari ini aku sibuk menulis laman BLoG.
Mulai hari ini saya menghadapi kesukaran untuk menulis jadi selmat bercuti
Today I want to start writing in English.Although I'm writing in English but I will always translate all my words to Bahasa.God willing.
Today I'm going to school like usual but today I feel very happy,as happy as a king.I dont know why and I want to know why.Truly my english is not good so I'm sorry for my English.
In the morning I went to school.My leg still feel sick till today.At school,I studied like everyday but today my school had been attacked by ulat bulu(wolly-bear).It sounds weird right?I dont know what the hell was going on?Never mind.
Today I cant found her,I'm really missed with her.Probably she is not going to school or she is avoiding from me,I dont think so and I dont mind it.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mulai hari ini aku akan mula menulis laman ini dalam dwibahasa.Jangan risau,insyaallah aku akan sedaya upaya dalam mengalih bahasa.
Hari ini aku ke sekolah seperti biasa tetapi hari ini aku berasa sungguh gembira.Pada pagi yang mulia hari ini aku ke sekolah membawa kakiku yang masih sakit sehingga kini.Di sekolah,seperti biasa aku menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran.Apa yang lucu hari ini,semasa cikgu sedang asyik mengajar secara tiba-tiba satu pengumuman diumumkan.
"Semua pelajar tidak dibenarkan ke belakang blok D dan di bangunan KH kerana ada...serangan ulat bulu"katanya.
Aku hanya tergelak dengan pengumuman yang dibuat itu.

Maaf kerana semalam aku tidak sempat untuk menulis laman BLoG ini.Maklumlah pada tahun ini aku akan menghadapi satu "perang besar".Aku tak mahu menceritakan apa berlaku pada 18 Januari 2009,semalam.Aku hanya ingin menceritakan tentang hari ini.
Pada jam 0541 aku bangun dari tidur menyiapkan diri untuk ke sekolah.Kepalaku berasa berat,mataku berasa mengantuk,kakiku terasa sakit akibat kemalangan semalam.Tak sangka,mungkin dulu Fitrah kemalangan,semalam tiba pula giliranku.Tetapi aku rasa kakinya sudah baik kerana aku melihat dia sudah boleh berlari.Seperti biasa aku ke sekolah menaiki "kotak buruk"(van).
Sampai di sekolah aku ke perhimpunan.Bosan,ketika berhimpun namun pada hari ini aku telah dapat mempelajari satu lagi perkataan baru apabila Tuan Haji Rosli memberikan ucapannya.Perkataan tersebut ialah 'suri teladan'.Setelah habis perhimpunan aku ke kelas untuk menuntut ilmu.
Di kelas,seorang rakan sekelasku berkata kepadaku."Putera,_____ kirim salam"katanya._____ ialah perkataan yang tidak pasti kerana aku tidak berapa dengar disebabkan suasana yang begitu bising.Lantas aku hanya menjawab "Waalaikumsalamwarahmatullah".Yang penting dalam perkataan tersebut mempunyai
abjad "A" dan "I".Tak mengapalah,asalkan aku sudah menjawab salam dia.Aku juga pasti pengirim adalah seorang wanita.
Faizul dan Saiful hanya menggelakkan aku.Hairan....
Ketika Puan Norzila,guru mata pelajaran Bahasa Malaysia sedang mengajar.Beliau bertanya kepadaku.
"Putera,pilihanraya kecil Kuala Terengganu hari itu siapa yang menang?"kata beliau.
Lantas aku menjawab."PAS".Mungkin beliau dan warga SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman belum kenal siapakah aku.Aku harap identitiku *sebagai seseorang tak penting* disembunyikan dan terus dilupakan.
Pada sebelah petang,aku sebagai anggota rumah sukan Rumah Selasih,berwarna hijau diarahkan hadir bagi sesi latihan olahraga.Satu lagi latihan yang memenatkan perlu aku tempuhi.Mungkin hari ini aku tidak akan menceritakan "dia".Alhamdulillah aku sudah dapat melupakan dia sedikit demi sedikit.Jika aku suka dan cinta pada "dia" pun,itu tidak bererti kerana aku tidak ikhlas.Aku suka pada "dia" kerana paras rupanya sama macam arwah.Namun kekadang aku melihat "dia" tidak sama aku melihat arwah,aku berasa seperti ada satu keistimewaan yang datang dari "dia".Ini baru dikatakan cinta.Walau bagaimanapun,aura Semangat 18 NOV tetap utuh dalam hatiku ini.
Terdapat tiga acara dalam latihan ini.Pertama,acara lontar peluru.Kedua,acara lompat jauh dan akhir sekali acara lari 100 meter.Sebenarnya,aku tidak ada semangat ketika menjalani latihan tersebut.Tambahan pula,kakiku yang tercedera akibat kemlangan semalam membuatkan pergerakanku terbatas.Semasa melontar peluru,aku berjalan seperti seorang penagih dadah akibat kecederaan kakiku.Lagi memalukan apabila "dia" ada memerhatikanku.Tiba-tiba semangatku berkobar-kobar entah mengapa.Namun semangatku dipatahkan apabila mendengar sorakan memberi semangat yang dilaungkan oleh seseorang.
"Putera,Saffa ada dekat belakang"katanya.
Kalimah itu membuatkan kakiku semakin sakit serta melunturkan semangatku.Jadi,aku hanya membuat balingan sambil lewa sahaja.
Sekarang kepalaku pening jadi setakat ini sahaja diari hari ini.

Malang sungguh nasibku pada hari ini.Kemungkinan aku ada membuat sebarang kesalahan terhadap seseorang.Kepada yang berasa marah,sakit hati atau terguris hatinya dek kerana kelakuanku.
Sudahlah hari ini aku tidak dapat melihat wajah si dia sama sekali.Hari ini juga aku di'cap' oleh beberapa orang guru sebagai pemalas atas sebab tidak membawa buku ke sekolah.Apa yang telah terjadi padaku hari ini?Aku berasa diriku seperti syaitan pada hari ini.Mungkin dek kerana dendam kesumat orang lain,aku yang menerima padahnya.
Pada hari ini juga merupakan hari yang sangat bahagia bagi dua insan yang dipilih Allah dapat hidup hingga ke hari ini untuk menyambut Hari Ulang Tahun Yang Ke-15.Insan terpilih tersebut ialah Fitri dan juga Hairul Hanafi.
Walaupun hari ini merupakan hari yang kurang bernasib baik bagiku namun ada juga penawar hati apabila melihat dua orang sahabatku gembira.Semoga mereka berdua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezekinya.
Amin Ya Rabbal A'lamin....

Maaf kerana sudah lama tidak menulis...
Macam biasa ke sekolah...
Macam biasa ke sekolah...
Baru dua hari bersekolah,pemandu van yang mengambil dan menghantar aku pergi dan balik sekolah telah buat hal.
Ketika loceng sekolah berbunyi semua pelajar akan bergegas keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah.Aku juga turut sama bergegas seolah-olah seperti orang bodoh dan apabila keluar dari sekolah,van yang aku naiki itu masih belum sampai lagi.
Aku keluar dari sekolah pada pukul 1 tegahhari.
Terkilan...itulah yang dapat aku tanggapkan terhadap diriku selepas berpenat-penat berlari,akhirnya van tersebut datang setelah 1 jam 7 minit dari masa aku menunggu di tempat selalu dia mengambil aku pulang.
Hal ini telah menyebabkan,aku dan beberapa orang rakanku lewat pulang ke rumah.Aku tiba di rumah pada jam 1430 petang
Aku tidak nafikan sememangnya dia mempunyai banyak kerja tetapi janganlah buat kita sehingga tertunggu-tunggu bagai menunggu kucing bertanduk.
Sebenarnya,perkara ini sudah lama berlarutan dan aku sudah lama bersabar dengan sikap dia.Tetapi aku tidak menyalahkan dia seratus peratus kerana pada perancangan awal,aku ingin menaiki basikal ke sekolah.Namun perkara ini tidak dipersetujui oleh bapaku kerana aku hanya berseorangan menaiki basikal.
"Kalau Ahmad atau Ipul naik basikal,baru boleh naik basikal"kata bapaku.
Itulah kata putus dari bapaku yang sememangnya mengambil berat atas keselamatanku.
Masalahnya di sini,ibubapa Ipul dan Ahmad tidak mengizinkan mereka naik basikal ke sekolah.
Memanglah kita tahu kemungkinan bahaya menanti tetapi bukankah kita boleh berhati-hati?
Jika aku tanya kepada kedua ibubapa Ipul dan Ahmad,aku merasakan mereka tetap tidak mengizinkan anak mereka menaiki basikal
Mereka lebih suka membiarkan anak mereka menhidap sakit kepala akibat cuaca panas,menunggu selama 1 jam sehari,membiarkan anak-anak mereka berlapar,dan lain-lain.
Satu pemikiran yang tidak *******.
Perhatian: INI HANYA LUAHAN HATI DAN PERASAAN SAHAJA...BUKAN UNTUK MEMPERBURUKKAN ATAU MENGAIBKAN SESEORANG...HARAP CERITA INI DAPAT DIJADIKAN IKTIBAR KEPADA MANA-MANA IBU BAPA ATAU PENJAGA LAIN...

Beberapa hari lepas kita telah menyambut Maal Hijrah iaitu Tahun Baru Islam.Kini,kita menyambut satu lagi tahun baru iaitu Tahun Baru Masihi.
Aku berjaga hingga ke tengah malam semata-mata untuk menunggu tirai 2008 dilabuhkan.
Tatkala,aku berasa sungguh sedih sekali kerana banyak lagi perancangan yang masih belum selesai.
Namun tidak mengapa.Berikut ialah beberapa keping foto yang diambil ketika menyambut Tahun Baru.
Semuanya merupakan foto terakhir ketika tahun 2008 yang berlalu.