19 Sept 2008

by - 9:09 PG

Hari ini aku pergi ke sekolah seperti biasa.aku fikir hari ini ialah hari yang menyeronokkan sebab kumpulan aku berjaya siapkan sebuah Wau yang amat cantik.Pada waktu pelajaran Pendidikan Seni Visual,aku dan kumpulanku cuba untuk terbangkan Wau tersebut.Namun apakan daya Wau yang cantik itu jatuh lalu terpacak kerana tidak seimbang.HAHAHAHAHA...ada yang ketawa sebab Wau yang dihasilkan itu terpacak dengan cantik sekali.

Mungkin cerita di atas menyedihkan.Aku ada satu cerita lagi.Pada waktu pelajaran Bahasa Inggeris,cikgu menanya seorang demi seorang apakah cita-cita anda.Lalu sampailah giliranku untuk menjawab.Aku tidak tahu apa aku nak jadi apabila sudah dewasa nanti.Aku ada banyak cita-cita antaranya:
1.Penyanyi Rock
2.Ulama
3.Ahli Politik
4.Tentera
5.Penulis Lirik
6.Penganalisis Komputer
7.dan banyak lagi

Sekian Sahaja untuk Diari Hari ini

You May Also Like

0 Bekas Tapak Kaki Pengembara