Perkhabaran yang mengejutkan aku terima ketika berada di kampung halaman yang menyatakan Fathi telah kembali ke rahmatullah. Aku bagaikan tidak percaya kerana sekali lagi aku terpaksa menelan kenyataan kehilangan seorang lagi sahabat karib. Pelbagai kenangan yang berlegar-legar di dalam benakku bersama al-Marhum. Nama al-Marhum ialah Fathi Ihsan bin Mansor, dilahirkan pada 16 Mei 1994 dan meninggal dunia pada 24 Disember 2011. Al-Marhum dikenali ramai sebagai...
Rahsiaku Dalam Doa
11:25 PTG / BY Zeaf I-sahus
Hari ini aku berasa sungguh letih, sungguh lemah, sungguh penat. Mungkin kerana dilesukan oleh mimpi ngeri semalam. Pening tanpa kata di mulut membuatkan isi kalbuku berbicara sendirian setelah beberapa peristiwa yang berlaku pada hari ini telah mendorongku untuk mencoretkan sedikit catatan. Entah bagaimana tadi Mama ada menyebut perihal Shylla, teman lamaku. Seterusnya, beberapa panggilan telefon aku terima daripada seorang perempuan yang silap dial....
Hidup Adalah Kembara, Bukan Destinasi
1:54 PG / BY Zeaf I-sahus
SPM is over. Zaman persekolahan pun dah tamat. Aku tidak menganggap perkara ini sebagai satu garis penamat. Aku menganggap perkara ini sebagai suatu permulaan hidup baru. Sudah pasti selepas ini tidak ada lagi yang mengarahkan aku untuk menguruskan rutin harian seperti yang telah aku lalui di MRSM TGB. Aku pasti merindukan saat itu.Pada awalnya, aku menamakan TGB dengan nama kem tentera, penjara malah...