Lama juga aku tidak kemas kini blog ini. Semuanya kerana tugasan waktu cuti yang agak membebankan. Tidak ada perkara yang luar biasa berlaku. Hanya aku ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR semalam. Jika diimbas semula sejarah hari ini pada tahun lepas. Pada tarikh inilah, aku dan rakan-rakan yang lain mengambil keputusan PMR. Terasa macam baru lagi. Semuanya kerana...
18 Disember 2010
5:55 PTG / BY Zeaf I-sahus
Aku ke rumah Wak Timah kerana ada sedikit kenduri kesyukuran. Namun aku hanya duduk di dapur kerana berasa segan untuk duduk di ruang tamu. Esok, Papa akan ke Kuala Lumpur. Nyai, Mama dan adik-adik pula akan ke kediaman Cik Mar di Seremban. Aku akan tinggal kerana pada hari Isnin ini, aku mahu ke kelas tambahan Cikgu Rohani terakhir bagi tahun ini. Terasa rugi...
17 November 2010
8:44 PTG / BY Zeaf I-sahus
Aku banyak tidur pada hari ini. Astaghfirullahala'zim, mangapa aku buang masa? Kendatipun, selepas Asar aku manfaatkan dengan mengulangkaji subjek Matematik Tambahan bersama Saipul di rumahnya. ------------------------------------------------------------------- I spent most of my time today for sleeping. What a waste. Though, after performing Asar prayer, I went to Saipul's house to make some revision and improvement in Additional Mathematic. It is commanded by Cikgu Rohani....
16 November 2010
8:47 PTG / BY Zeaf I-sahus
Alhamdulillah, sempurna sudah puasa aku pada hari ini. Aku ke kelas tusiyen Add Math pagi tadi bersama 8 orang rakan yang lain. Tinggal satu sahaja lagi pertemuan dengan Cikgu Rohani selepas ini. Pelbagai perkara yang aku pelajari sepanjang memasuki kelas beliau cuti ini. Selain belajar subjek Matematik Tambahan, Cikgu Rohani sering menyelitkan kisah-kisah, cerita teladan, tips-tips dan sebagainya bagi membakar semangat pelajar-pelajarnya. Aku...
15 Disember 2010
10:42 PTG / BY Zeaf I-sahus
Assalamualaikum Aku berasa bahawa diriku tidak adil. Pertama, kerana aku hanya mengemas kini blog satu lagi. Kedua, aku sudah meninggalkan blog ini hampir setahun. Jika blog ini sebuah rumah, sudah bersarang barangkali. Sekarang aku tidak lagi bersekolah di SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman kerana aku melanjutkan pelajaran ke MRSM Tun Ghafar Baba(TGB). Pemergianku atas gerak hati sendiri. Jika diimbas kembali sejarah, aku beriya-iya...