Sokong mana?

by - 11:11 PG

Menjelang musim pilihanraya ini, politik menjadi topik hangat perbualan. Tak kira tua, muda, berpelajaran, tau tidak, di bandar, di kampung, kedai kopi, warung, jalan raya, alam maya.

Sampaikan ada yang sudah naik bosan.

"Tak seronok betullah musim pilihanraya ni. Tiap-tiap hari politik. Aku buka TV, cakap pasal politik. Aku lepak kedai mamak, politik. Aku buka radio, iklan kempen politik. Aku buka Facebook, politik. Twitter pun sama. Politik. Politik. Politik.. Bosannya aku." keluh Azizan.

"Biasalah tu. Nak buat macam mana? Negara kita, negara demokrasi berparlimen. Kenalah ada pilihanraya." Rafiq bersuara.

"Aku tak kisah mereka berpolitik. Tapi aku tak setuju sebab mereka caci-mencaci, cela-mencela, fitnah-menfitnah. Buka aib orang. Kotorlah politik ni." Azizan tetap tak berpuas hati.

"Sebab tulah kita kena mengundi. Pilih mereka yang layak berada dalam politik sahaja. Mereka yang tak kotorkan politik. Nampak tak kenapa kita perlukan pilihanraya?." Rafiq menerangkan dengan tenang.

"Yalah tu Rafiq. Tapi aku teringin nak tahu. Kau sokong parti mana untuk wakil rakyat Palimen dan Dewan Undangan Negeri kawasan kita ni?" soal Azizan.

"Aku tak sokong mana-mana parti pun. Aku sokong calon dan individu-individu tertentu sahaja." jawab Rafiq.

"Apa maksud engkau, Rafiq?" inkuiri Azizan semakin tinggi untuk memahami perkataan-perkataan Rafiq.

"Memang benar, parti yang menang majoriti itu yang akan memerintah negara. Tetapi, pada pendapat aku,individu dalam parti itu belum tentu semuanya baik atau semuanya buruk. Jika dia calon UMNO, belum tentu dia korup. Jika dia calon PKR, belum tentu dia mahu perjuangkan nasib rakyat. Jika dia calon PAS, belum tentu dia pandai memerintah. Jadi aku mengambil keputusan untuk sokong wakil rakyat yang berwibawa dan mampu memperjuangkan untung nasib rakyat sahaja." Rafiq menjawab.

----------

Dalam sesebuah parti.
Tak dapat dinafikan. Ada yang baik. Ada yang mangkuk hayun.
Tak adil bagi aku untuk kata UMNO itu semua ahlinya korup.
Tak adil bagi aku untuk kata PAS itu semua ahlinya bersih.

Dalam mana-mana parti pun. Paling tidak pun satu orang.
Pasti ada yang MANGKUK HAYUN.

Sekadar pandangan peribadi.
Selamat mengundi mereka yang baik dan berkaliber.



 



Jangan mengundi yang MANGKUK HAYUN.

You May Also Like

5 Bekas Tapak Kaki Pengembara