Fathi Ihsan
Perkhabaran yang mengejutkan aku terima ketika berada di kampung halaman yang menyatakan Fathi telah kembali ke rahmatullah. Aku bagaikan tidak percaya kerana sekali lagi aku terpaksa menelan kenyataan kehilangan seorang lagi sahabat karib. Pelbagai kenangan yang berlegar-legar di dalam benakku bersama al-Marhum.
Nama al-Marhum ialah Fathi Ihsan bin Mansor, dilahirkan pada 16 Mei 1994 dan meninggal dunia pada 24 Disember 2011. Al-Marhum dikenali ramai sebagai seorang penceria keadaan dengan lawak selambanya, mampu menasihati rakan-rakan lain tatkala berada dalam kesempitan, dan amat dikenali dalam dunia perjuangan para daie, khususnya di MRSM TGB.
Fathi,
Tuhan Al-Wali telah pertemukan kita di TGB,
di TGB,
Sebuah persahabatan tanpa henti,
Bagai laut yang tak bertepi,
Semoga semua azammu diterima Ilahi,
Aku telah mengenal seorang insan bernama... Fathi,!
24.12.11
Al-Fatihah buat Fathi Ihsan bin Mansor
3 Bekas Tapak Kaki Pengembara