Bersiap siaga menggempur perang SPM

by - 1:42 PG

Di luar kegelapan sedang menyelimuti alam.
Malam ini, malam terakhir aku berada di rumah.
Esok aku aku akan pulang ke bumi tarbiah MRSM Tun Ghafar Baba bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Perjuangan menggempur sebuah peperangan iaitu peperangan SPM 2011.

Aku masih tidak puas lagi berada di rumah.
Aku masih merindui keseronokan berada di rumah.
Aku belum mahu berpisah dengan keluarga.
Aku masih mahu melihat Papa.
Aku masih mahu bercerita dengan Mama.
Aku mahu memperhatikan gelagat dan melayan karenah kedua-dua adikku.
Aku belum puas berada di hadapan komputer. Aku belum puas beristirahat.
Tidak terbayang di fikiran untuk pulang ke maktab.

Namun dalam hati ini merisaukan peperangan yang bakal aku hadapi...

Tertanya kepada diri aku sendiri.
Adakah aku benar-benar sudah bersedia?
Persediaan yang bagaimana telah aku rencana dan usahakan?
Adakah masa yang terluang aku isikan dengan pentelaahan buku-buku?
Adakah psikologi yang positif pada suatu ketika dahulu masih membara?
Peningkatan apa yang telah aku lonjakkan dalam prestasi akademik?
Adakah aku mahu gagal sekali lagi dalam Chemistry dan Physics?
Bentuk pengorbanan yang bagaimana telah aku persembahkan?
Dosa-dosa lampau telahkah aku tinggalkan?

Astaghfirullahal'adzim..

Tepuk dada, tanya iman..

Mengapa aku tidak mahu belajar daripada kesilapan sendiri?
Mengapa aku tidak mahu memperpaiki kesilapan berulang kali?
Mengapa Tuhan sanggup aku derhakai berkali-kali?

Astaghfirullahal'adzim..
Aku beristighfar dan kembali kepada-Mu Ya Allah.

Itu baru persoalkan jasmani, belum lagi iman dan amal.

Kini, aku risau akan kehidupan aku,
Kini, baru aku sedar bahawa aku tidak sedar membazirkan waktu,

Aku bertekad sekali lagi untuk mengubah sikap dan nasib diri,
Aku berazam untuk majukan diri ini,
Aku tidak mahu leka sekali lagi.
Cukuplah setakat ini aku menzalimi diri ini,
Aku tidak akan terjerat oleh keduniaan,
Aku perlu cari keredaan Tuhan,..
Allah Azza Wa Jalla..

Akhirulkalam, aku menyusun sepuluh jemari memohon keampunan andai pernah mengguris hati rakan dan taulan, tak kira sesiapa sahaja. Satu lagi permintaan, doakan kejayaan aku dalam peperangan yang menentukan kehidupan jangka panjang.

Salam Perjuangan.

You May Also Like

1 Bekas Tapak Kaki Pengembara