Islamia Youth Forum

by - 11:17 PTG


Terbuka rasanya minda ini setelah menjalani program I.Y.F anjuran AndalusTV di Kolej Burhanudin Helmi, UKM. Seronok. Jangan cakap. Bukan setakat ilmu yang aku dapat malah pengalaman yang mencabar juga turut diperoleh. Awal pagi Jumaat, aku, Wan Alikop, Neezam, El dan Hanif dijemput oleh Abang Sufian, pihak penganjur dari maktab. Pukul 11.00 beliau jemput kami, Pukul 12.15 kami sudah berada di Bangi. Rasa macam naik time machine pula. Lepas solat Jumaat dan istirahat di rumah Abang Sufian, kami ke tempat pendaftaran. Aku dapat sebilik dengan budak MRSM Serting. Akil namanya. Tapi Form 4 lah pula. Tak apalah, aku bukannya individu yang mementingkan senioriti. Senioriti bagi aku adalah mengarut.

(aku, El, __ , Alikop)
Malam Sabtu, hanyalah taklimat dan perasmian daripada pihak penganjur sahaja.

(Neezam, aku, El)


(Abang Sufian, Prof. Dr. Badlihisham, Kamarul Bahrin, Prof. Dr. Khaidzir, Moderator forum)
Pagi itu, Forum bertajuk " Critical Thinking. Media and Youth " yang dibincangkan oleh ahli panel di atas. Aku amat mengagumi Kamarul Bahrin. Fakta yang beliau tunjukkan cukup untuk membuka minda generasi muda.

(Abang Sufian, Dr. Ridhuan Tee, Wan Ahmad Fayhsal)
Pada sebelah malam pula, Forum yang bertajuk "Gen-Y & The Future of Muslim World". Kupasan ahli panel di atas sangat bernas dan membuat orang berfikir. Setelah habis forum, semua peserta bebas melakukan sebarang aktiviti. Jadi, aku, Neezam dan Alikop tak tidur malam itu sebab tengok movie.

(oleh: Hanif)

(oleh: Alikop)

Pagi seterusnya, ceramah dakwah oleh individu di atas. Semasa beliau menyampaikan ceramah, aku tidur melayan mimpi kerana aku tidak cukup tidur semalam. Sibuk tengok movie, siapa suruh?. Aku tetap tersengguk-sengguk, kendatipun Ellyas sudah berikan aku 2 biji gula-gula kepunyaannya. Aku tak sedar bila ceramah beliau habis. Aku bangun sahaja, tengok penceramah sudah bertukar orang,...

Ceramah diteruskan oleh Presiden BADAR KISAS. Ceramah kali ini bolehlah aku dengar lebih baik berbanding ceramah sebelum ini walaupun masih lagi tersengguk-sengguk.

Ceramah terakhir oleh Presiden PEMBINA. Ceramah beliau bagus kerana ada satu strategi yang diajar dalam menguruskan organisasi. Syabas kepada beliau.

You May Also Like

2 Bekas Tapak Kaki Pengembara