30-31 Oktober 2009

by - 9:40 PG

Pada 31 Oktober ini,awal pagi-pagi limun lagi aku sudah mengemaskan diri untuk ke sekolah bagi mengikuti program Nadwah Kepimpinan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ali Haji Ahmad(SDAHA).Papa hantar aku ke sekolah,perjalananku diiringi dengan titisan renyai-renyai air hujan.

Setibanya di sekolah,aku tidak melihat seorang pun wakil pelajar Tingkatan 3 daripada sekolahku,Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Yunos Sulaiman(SMKDMYS).Hampir dua puluh minit penantianku,Hanif pun muncul.Kemunculannya membuatkan aku berasa agak lega.Tidak sampai lima minit kemudian sambil berborak dengan Hanif,Nor Hayati pun tiba.Wakil daripada SMKDMYS terdiri daripada aku,Hanif,Hayati,Fasihah,Hafizah dan Hairul.Hafizah dan Fasihah sudah menunggu di salah sebuah perhentian bas sementara Hairul tidak muncul-muncul lagi.Apabila ustazah sampai,Hairul tetap belum sampai lagi.Setelah hampir setengah jam menunggu Hairul,ustazah mengambil keputusan meninggalkannya dan hanya kami berlima sahaja mewakili sekolah kami.

Kami menaiki van asrama.Hujan masih belum berhenti,langit mendung selalu.Perjalanan kami aku iringkan dengan zikrullah dalam hati.Aku berfikir lebih elok jika aku berzikir daripada aku menyanyi,lagi pula aku dan rakan-rakan ingin ke majlis ilmu.Pemandu van itu,memilih Jalan Mustari supaya cepat tiba di sana.Sampai sahaja kami di sana,ustazah mendaftarkan kami ke kursus itu.Aku nampak Abang Baharain,Ustaz Yudhka,dan Ustazah Wan Julia turut menjadi tulang belakang kepada program ini.

Seorang ustaz menegur tentang rambutku yang panjang.

"Assalamualaikum"Ustaz memberi salam.

"Waalaikumsalamwarahmatullah"Aku dan Hanif menyambut salam beliau lantas bersalaman.

"Dari sekolah mana?"tanyanya.

"Sekolah Dato' Yunos"jawab Hanif.

"Dato' tak marah ya budak-budak rambut panjang macam ini?,"tanyanya.

Kami hanya membungkam.Aku berasa pelik mengapa seseorang yang berambut panjang perlu dipertikaikan.Pada pendapat saya,berambut panjang tidak menjadi masalah,asalkan individu tersebut bersolat,mengikut suruhan dan meninggalkan laranggan Allah.Nabi Muhammad junjungan besar kita juga pernah berambut panjang.

Aku terlihat jarinya samasa bersalaman.Beliau memakai cincin pada jari hantu."Nak saja aku kenakan dia balik dengan mengatakan Nabi tak marah umatnya pakai cincin pada jari hantu?"getus hatiku.Di kursus ini 3 individu menegur rambutku.Turut hadir bersama Amin,Hakimi,Nazri,Saifullah mewakili sekolah mereka masing-masing.

Acara sulung ialah ceramah oleh Ustaz Wan Muhd Shukri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat.Beliau tampak seperti seorang yang hebat.Sedang asyik mendengar ceramah daripada beliau,..

"Layakkah kamu digelar ahli syurga jika kamu melawan cakap ibu kamu?Layakkah kamu digelar ahli syurga jika kamu bantah hukum Allah?Layakkah kamu digelar ahli syurga jika kamu tak sembahyang?"beliau bertanya sambil tangannya menunjuk ke arah para pelajar.

Sambil tangannya menunjuk ke arah aku,tiba-tiba...

"Muka kamu nampak kamu ada ciri-ciri orang beriman"katanya.

Aku tersentak dan hairan.Aku tak layak sama sekali dipanggil orang yang beriman."Layakkah aku digelar orang beriman sedangkan aku melambatkan solat,bantah cakap ibu bapa,mengutuk guru,menganayai saudara sendiri,menjatuhkan maruah orang lain,menipu demi kepentingan diri serta banyak lagi dosaku?,"getus hatiku.

Selepas itu kami dibahagikan mengikut 7 kumpulan.Aku dan Hanif terpisah namun aku mempunyai seorang kawan yang menemani aku,Hakimi.Fasilitator kami,Ustaz Mohd Radzi begitu peramah,mesra dan suka bergurau orangnya.Sekali pandang dari tepi,seakan-akan Ustaz Akhil Hayy pun ada.

Nama kumpulan aku berikan,Salehudin Al-Ayubi bawah pimpinan Syafiq dari Benut.Moto kumpulan juga ku berikan iaitu Adil Cendekia Bertaqwa,melambangkan keperibadian Salehuddin Al-Ayubi.Kumpulanku terdiri daripada 8 ahli iaitu Aku,Hakimi,Awang,Syafiq,Hanafi,Nazrul,Furqan dan Addin.Pada awalnya,kami tidak bertegur antara satu sama lain sehinggalah aku memulakan perbualan.Sifat pemalu dapat aku atasi pada detik itu.Aktiviti demi aktiviti dilalui,masa tidak mengizinkan.

Selepas majlis penutup,kami bersalaman dan pulang ke sekolah masing-masing.Fasihah pulang mengikut keluarga yang menjemputnya.Pada saat itu,aku agak terkejut lantaran Fasihah mempunyai kembar.Hanif kelihatan gelisah dalam perjalanan pulang kerana tidak tahu bagaimana untuk menghubungi ayahnya supaya menjemputnya pulang ke rumah.Lantaran kasihan aku meminjamkannya telefon bimbitku.Hayati diturunkan di simpang empat jalan masuk ke Kampung Bukit Panjang.

"Betullah,memang aku pernah tengok budak ni.Memang papa kenal dengan mak dia ni,"getus hatiku lagi.

Kampung Bukit Panjang merupakan kampung yang diasaskan oleh arwah datukku ketika zaman pemerintahan Jepun dahulu.Alhadulillah kampungku masih lagi damai dan permai sehingga ke hari ini.Perjalanan diteruskan lagi sehingga di perhentian bas Pekan Nenas untuk menurunkan Hafizah.Destinasi seterusnya merupakan destinasi terakhir iaitu SMKDMYS.Sedang rancak berbual dengan Hanif di pondok berhampiran pondok jaga,bapanya menjemputnya pulang.

Tampaknya,akulah orang pertama yang datang ke sekolah dan terakhir yang balik ke rumah.Tidak lama kemudian Papa pun muncul dengan kereta Hondanya.Adik pun ikut untuk menjemputku.Ketibaan Papa amat melegakan aku.Dalam perjalanan pulang ke rumah,aku terlihat seorang gadis,seperti aku kenal.Mukanya mirip Fatin,kekasih lamaku.Dia menjeling aku bagai aku ada buat satu kesilapan padanya.Aku tak sepatutnya jumpanya di sini,sepatutnya di Klang,Selangor.Mungkin gadis yang aku nampak itu bukan Fatin..

You May Also Like

4 Bekas Tapak Kaki Pengembara